Buat pengemar masakan kelantan boleh cuba try test untuk juadah berbuka puasa
➨ Bahan-bahan (sambal) 5-6 orang
- 15 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 10 tangkai cili kering
- 3 batang serai – diketuk
- 2 sudu minyak masak
- 1/2 inci belacan
- 4 cawan santan
- Garam dan gula
>>>>kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili
kering. Tumis bahan kisar dan serai selama 10 minit, kemudian masukkan
belacan, santan, garam dan gula. Masak sehingga pekat.
➨ Bahan-bahan (ulam kerabu)
- Daun kesum
- Bunga kantan
- Kobis
- Kacang panjang
- Taugeh
>>>>potong nipis-nipis kecuali tauge.
➨ Bahan-bahan (nasi)
- Beras
- Pewarna biru (resepi asal guna bunga seri pagi)
>>>>masak nasi seperti biasa, cuma tambah pewarna biru
➨ Bahan-bahan (ikan)
- 4 ekor ikan kembung
- 3 ulas bawang merah
- 1 sudu besar lada hitam
- Garam dan gula
>>>> rebus ikan sehingga lembut. Asingkan isi daripada
tulang. Goreng isi ikan dan bawang merah tanpa minyak. Masukkan lada
hitam, garam dan gula.
Hidangkan nasi kerabu dengan daging
bakar, telur masin, solok lada, ikan kering, ayam goreng atau keropok
goreng. Lagi sedap kalau ada budu yang diperah limau nipis/kasturi.
selamat mencuba....
jemput lah makan abe2, akak2, adik2. mokcik, pokcik...
ayuh cuba selera pantai timur pulok...
Assalamualaikum... Kat sini Mia buat satu blog untuk post @ promote apa2 je yang mama Mia buat sebagai hobbies untuk dia isi masa lapang dia... Kadang2..klau Mia jumpa resipi2 yang menarik & Mia try buat...Mia akan post kat sini...OK??? Sooo...selamat menjamu mata2 anda melihat resipi2 yg menarik + sedappp(Mia yg ckp k..).... hehe... Think positive ok....
Monday, 16 June 2014
Baked Macaroni
Bahan-Bahan:
1 kotak makaroni (Buitoni-3 minit dah masak)
1 mangkuk Keju cheddar diparut
1 mangkuk sayuran campur
½ mangkuk daging ayam/lembu cincang
3-4 batang sosej ayam/daging
1 tin mashroom/chicken soup
2-3 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang(di hiris nipis)
1 biji telur ayam
Sedikit Parmesan Cheese
Cara:
1.Rebus makaroni bersama butter sehingga lembut dan toskan.Cincang bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.masukkan Daging cincang dan sosej yang telah di hancurkan apabila daging sudah agak masak masukkan cendawan butang yang telah dihiris nipis dan sayuran campur tadi.Masak sehingga semuanya sebati. Taburkan sedikit lada putih.
2.Sementara itu campurkan 1 tin mashroom/chicken soup dengan sebiji telur dan kacau sedikit sehingga menjadi sos.
3.Sediakan satu loyang untuk membakar dengan dilengserkan dengan sedikit butter supaya makaroni tidak melekat apabila telah masak.
4.Mula-mula taburkan makaroni satu lapisan dan diikuti dengan sayur campur dan satu lapisan keju yang telah diparut.kemudian buat satu lagi lapisan seperti tadi sehingga 2 lapisan dan lapisan yang terakhir sekali taburkan makaroni sahaja dan diikuti dengan sos mushroom/chicken soup tadi dan taburkan sedikit keju lagi diatasnya.
5.Bahan tadi di bakar didalam oven selama 1/2 jam atau sehingga masak dan lapisan atas kelihatan agak kekuningan tapi jangan sampai hangus.
Cadangan Hidangan:
Apabila telah masak biarkan sedikit sejuk dan dipotong seperti memotong kek dan letakkan diatas pinggan leper dan taburkan sedikit pamesan cheese dan dimakan bersama sos cili ataupun tabasco.
Tambahan:
Apabila masukkan sos mushroom soup tadi biarkan seketika sehingga sos meresap ke bawah. Kemudian barulah dibakar.
* Lagi enak dimakan di waktu pg atau petang...bersama keluarga dan kawan2.. Lagi ramai...lagi meriah... ye dok???? Heheheehe...
Resipi Chocolate Cupcake
Bahan - bahan :
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko (Van houten)
1 1/2 tsp baking powder
1 1/2 tsp baking soda
2 biji telur
2 cawan gula
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran (saya guna minyak diasy je)
1 tsp esen vanilla
1 cawan air panas
secubit garam
Cara - cara:
i. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder & baking soda. (dry ingredient)
ii. Pukul telur dan gula sehingga kembang
iii. Masukkan esen vanilla & garam.
iv. Masukkan dry ingredient , susu dan minyak berselang seli dan kacau.
v. Ulang process sehingga bahan habis.
vi. Tambahkan air panas dan adunan akan menjadi cair.
vii. Tuang adunan sebanyak 3/4 penuh ke dalam papercup. Bakar pada suhu 160 c selama 15 minit.
Subscribe to:
Comments (Atom)