Sunday 4 March 2018

My own Style of Carbonara

Sapa2 yg teringin nk mkn carbonara tp mls nk buat sbb leceh tuu..haaa..ni ada resipi yg mudah...

Bahan² :
- Pasta ( apa2 pon boleh jnji pasta je)
- Butter
- Cheese slices🧀 (apa2 brand pon boleh)
- Shittake mushroom 🍄 (
- Bawang besar (lg bnyk lg sedap) dipotong nipis
- Bawang putih 6 ulas (cincang halus)
- Susu full cream 1 mangkuk (x kisah brand apa pon)
- Mixed herbs
- Tepung jagung ( ikut tahap kepekatan yg dikehendaki)
- Garam

**optional**
- Cili padi🌶 (ikut tahap kepedasan)
- Sosej🌭
- Fish cake / fish ball

Cara² memasak:

1. Cairkan butter.
2. Masukkan bawang besar & bawang putih. Boleh msuk cili padi klau nk pedas.
3. Masukkan Shittake mushroom. Tnggu sampai mushroom masak. **Boleh masukkan bahan² optional td klau nak time ni.**
4. Masukkan susu tadi..klau nk rasa creamy lebih..msukkan susu td lebih sikit.
5. Kacau sampai sebati. Agak2 susu td dah mendidih² sikit. Boleh masukkan cheese slices tu 3 keping.
6. Keep on kacau dia...smpai semua sebati...
7. Boleh masukkan garam lepas tu... Pastikan rasa dlu.. Sbb cheese tu kdg² dh bg rasa masin dkt kuah tu. ; Boleh masukkan mixed herbs.. Kacau smpai smuanya sebati.
8. Last sekali, boleh msukkan air tepung jagung utk bg dia pekat.
9. Lpas dia dh pekat tu, boleh lah masukkan dlm mangkuk & dh boleh makan..
10. Selamat menjamu selera.

##kuah ni boleh mkn dengan roti juga.. Ala² mcam mkn mushroom soup tu haa... Heehee

Monday 16 June 2014

NASI KERABU

Buat pengemar masakan kelantan boleh cuba try test untuk juadah berbuka puasa

➨ Bahan-bahan (sambal) 5-6 orang
 
- 15 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 10 tangkai cili kering
- 3 batang serai – diketuk
- 2 sudu minyak masak
- 1/2 inci belacan
- 4 cawan santan
- Garam dan gula

>>>>kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Tumis bahan kisar dan serai selama 10 minit, kemudian masukkan belacan, santan, garam dan gula. Masak sehingga pekat.

➨ Bahan-bahan (ulam kerabu)
- Daun kesum
- Bunga kantan
- Kobis
- Kacang panjang
- Taugeh

>>>>potong nipis-nipis kecuali tauge.

➨ Bahan-bahan (nasi)

- Beras
- Pewarna biru (resepi asal guna bunga seri pagi)

>>>>masak nasi seperti biasa, cuma tambah pewarna biru

➨ Bahan-bahan (ikan)
- 4 ekor ikan kembung
- 3 ulas bawang merah
- 1 sudu besar lada hitam
- Garam dan gula

>>>> rebus ikan sehingga lembut. Asingkan isi daripada tulang. Goreng isi ikan dan bawang merah tanpa minyak. Masukkan lada hitam, garam dan gula.

Hidangkan nasi kerabu dengan daging bakar, telur masin, solok lada, ikan kering, ayam goreng atau keropok goreng. Lagi sedap kalau ada budu yang diperah limau nipis/kasturi.

selamat mencuba....

jemput lah makan abe2, akak2, adik2. mokcik, pokcik...
ayuh cuba selera pantai timur pulok...

Baked Macaroni



Bahan-Bahan:
1 kotak makaroni (Buitoni-3 minit dah masak)
1 mangkuk Keju cheddar diparut
1 mangkuk sayuran campur
½ mangkuk daging ayam/lembu cincang
3-4 batang sosej ayam/daging
1 tin mashroom/chicken soup
2-3 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang(di hiris nipis)
1 biji telur ayam
Sedikit Parmesan Cheese

Cara:
1.Rebus makaroni bersama butter sehingga lembut dan toskan.Cincang bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.masukkan Daging cincang dan sosej yang telah di hancurkan apabila daging sudah agak masak masukkan cendawan butang yang telah dihiris nipis dan sayuran campur tadi.Masak sehingga semuanya sebati. Taburkan sedikit lada putih.
 

2.Sementara itu campurkan 1 tin mashroom/chicken soup dengan sebiji telur dan kacau sedikit sehingga menjadi sos.
 

3.Sediakan satu loyang untuk membakar dengan dilengserkan dengan sedikit butter supaya makaroni tidak melekat apabila telah masak.
 

4.Mula-mula taburkan makaroni satu lapisan dan diikuti dengan sayur campur dan satu lapisan keju yang telah diparut.kemudian buat satu lagi lapisan seperti tadi sehingga 2 lapisan dan lapisan yang terakhir sekali taburkan makaroni sahaja dan diikuti dengan sos mushroom/chicken soup tadi dan taburkan sedikit keju lagi diatasnya.
 

5.Bahan tadi di bakar didalam oven selama 1/2 jam atau sehingga masak dan lapisan atas kelihatan agak kekuningan tapi jangan sampai hangus.
 

Cadangan Hidangan:
Apabila telah masak biarkan sedikit sejuk dan dipotong seperti memotong kek dan letakkan diatas pinggan leper dan taburkan sedikit pamesan cheese dan dimakan bersama sos cili ataupun tabasco.

Tambahan:
Apabila masukkan sos mushroom soup tadi biarkan seketika sehingga sos meresap ke bawah. Kemudian barulah dibakar.



* Lagi enak dimakan di waktu pg atau petang...bersama keluarga dan kawan2.. Lagi ramai...lagi meriah... ye dok???? Heheheehe...

Resipi Chocolate Cupcake



Bahan - bahan :

1 3/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko (Van houten)
1 1/2 tsp baking powder
1 1/2 tsp baking soda
2 biji telur
2 cawan gula
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran (saya guna minyak diasy je)
1 tsp esen vanilla
1 cawan air panas
secubit garam

Cara - cara:
i.   Ayak tepung, serbuk koko, baking powder & baking soda. (dry ingredient)
ii.  Pukul telur dan gula sehingga kembang
iii. Masukkan esen vanilla & garam.
iv.  Masukkan dry ingredient , susu dan minyak berselang seli dan kacau. 

v.   Ulang process sehingga bahan habis.
vi.  Tambahkan air panas dan adunan akan menjadi cair.
vii. Tuang adunan sebanyak 3/4 penuh ke dalam papercup. Bakar pada suhu 160 c selama 15 minit.

Tuesday 29 April 2014

Kek Lapis Kukus Cream Cheese!!!!!!!!!!!!!!!!!



Assalamualaikumm....Kat sini Mia nk share satu resipi yg best + seddaappp + bila mkn je..rsa mcm nk lagi,,,hehehe...
 
(Loyang 8x8x3)

BAHAN A

 
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur gread A
1 sudu besar air - susu cair
1 sk jus lemon
1 sudu besar tpng gandum - Hong Kong
 

Cara-cara

  • Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  • Masukkan telur diikuti dngn air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)

2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko* (lina pg gn 1/2 cawan)
1 sudu kecil baking soda* (lina pg gn 1/2 sk)
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara

  • Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  • Masukkan air panas,susu dan minyak.
  • Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK

1.Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
2.Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
3.Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
4.Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
5.Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit

  • Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan..dan sedialah makan dgn rasa bangganye..hehe
  • Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan..dan sedialah makan dgn bangganye..hehe
Baiklahhh...selamat mencuba ya semua..... heheh....